بسم الله الرحمن الرحيم

Saturday, September 22, 2012

cintA itu milik AllAh ^.~


bismillahirrahmanirrahim..
setiap manusia yang dilahirkan diberikan perasaan..iaitu perasaan fitrah yang ada
dalam diri mereka..mereka berhak memiliki perasaan itu namun ia tetap menjadi milik ALLAH..
cinta..remaja kini sering dikaitkan dengan cinta..tanpa cinta remaja tidak mampu hidup..
tetapi pernah tak kita berfikir sebenarnya tanpa cinta dari ALLAH tidak adalah kita..
tanpa cinta dariNYA tiadalah terbit perasaan ini~
bercinta itu tidak digalakkan sebelum berkahwin hal ini kerana perbuatan ini
membawa kita menghampiri zina..namun ISLAM itu indah..
DIA membenarkan percintaan melalui ikatan sah sebagai suami isteri..
ramai yang berkata macam mana nak bercinta selepas berkahwin..??
tapi cuba kita berfikir pula bagaimana orang diluar sana boleh bahagia dengan bercinta
selepas kahwin?? hal ini kerana mereka percaya ALLAH telah memberikan mereka 
jodoh yang terbaik..


hati manusia ini mudah cair dan senang untuk dilukai..
jangan membazirkan air mata mereka hanya kerana cinta manusia tapi biarlah air mata yang
mengalir itu kerana cintanya terhadap manusia dengan ketulusan hati kerana ALLAH..
justeru itu kepada kaum adam dan kaum hawa diluar sana jangan biarkan seseorang itu
jatuh cinta pada awak kalau awak tak mampu membahagiakan mereka..
kadang2 terbit perasaan cemburu terhadap pemuda dan wanita diluar sana yang
kuat dan tegar menahan nafsu cinta sebelum berkahwin..
benarlah kata kalam `lelaki yang soleh hanya untuk wanita yang solehah`

kepada diri mereka yang diluar sana yang merasakan hidup awak sunyi tanpa cinta 
semua itu hanyalah ilusi..siapa kata hidup kita sunyi sebab tak bercinta macam orang diluar sana ??
sebenarnya hidup kita lebih bahagia daripada orang yang bercinta diluar sana,,
sebab apa ? sebab kita memiliki cinta dengan ALLAH.. bila kita tak ada pasangan mesti kita nak cari
pasangan macam orang lain juga bukan?? kita pun dating dengan pasangan kita macam 
pasangan diluar sana,, tapi kita berdating dengan memperbanyakkan amalan2 yang mendekatkan
diri kepada ALLAH..malah hati kita akan menjadi lebih tenang dan tenteram bukan??
tak perlu habiskan duit sebab nak topup.tak perlu habiskan air mata sebab kecewa.
tak perlu sakitkan hati sebab dikhianati..kita cuma perlu tingkatkan keimanan sahaja dah cukup untuk
mencintai dan dicintai oleh ALLAH :))


Asal cintA dari ALLAH..perginyA cintA dengan izin ALLAH..
hilAngnyA cintA AtAs kehendAk ALLAH..
dicintAi dAn mencintAi anugerAh ALLAH..
KALAU ALLAH BOLEH JADIKAN KITA JATUH CINTA..
ALLAH JUGA MAMPU UNTUK MENJADIKAN KITA MEMBENCI SESEORANG 
DALAM SEKELIP MATA..JUSTERU,MENGAPA KITA TERLALU
MENGAGUNGKAN CINTA ITU YANG HAKIKATNYA BUKAN HAK KITA!!
TETAPI MILIK MUTLAK ALLAH!!
biarlah kalam yang berbicara mengurai maksudnya dijiwa..
biarkan pena yang menulis meluahkan hasrat dihati..
biarkan hati membicara keinginan yang tersirat..
dan biarkan iman melengkapkan perasaan cinta..

#sesungguhnya tanpa ALLAH tiadalah diri ini..segala salah dan silap datangnya dari diri ini dan segala yang baik datangnya dari ALLAH,,tiada yang lebih hanya sekadar berkongsi ilmu dan mengisi ruang kekosongan minda..assalamualaikum ^^


No comments:

Post a Comment