بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, November 13, 2012

carilah kemanisan (:


Kata orang sebelum kita membuat sesuatu keputusan hendaklah kita mengetahui bumi mana yang dipijak dan langit mana yang dijunjung . bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora . kalau takutkan ombak usah bina rumah di tepi pantai . saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan . assalamualaikum dan selamat menyambut hari deepavali kepada semua kaum india di seluruh dunia (:


Dalam hidup memerlukan pengorbanan . pengorbanan memerrlukan perjuangan . perjuangan memerlukan ketabahan . ketabahan memerlukan keyakinan . keyakinan menentukan kejayaan .  dan kejayaan akan menentukan kebahagiaan . dalam lurah perjalanan hidup seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan . dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan , akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia .


 Cinta ada banyak kategorinya . tapi aku nak share tentang apa itu cinta sejati . bagi aku cinta sejati ni susah nak ditemui atau disedari kerna cinta sejati ini hadir bila ia pergi lenyap dari hidup kita dan di saat itu kita akan menyedri ia adalah cinta sejati yang kita cari selama ini tapi kita tak pernah menyedarinya . kadangkala perpisahan ini penting juga kerana saat itulah kita mempunyai masa dan ruang untuk kembali merenung cinta sejati yang dicari (: sebab itulah cinta bukan melemahkan tapi menguatkan (: dan cinta bukan menyakitkan tapi menggembirakan (:



Cinta kalau tak ada pahit getir bukan cinta namanya (: tak kanlah tak ada asam garam asyik manis gula je tak rasa la nikmatnya bukan ? amboi aku cakap macam profesional je :p hehe . kalau awak berharap dia adalah  jodoh yang terbaik untuk awak maka berdoalah pada tuhan moga dia adalah yang terbaik buat dirimu kerana tiada sempadan untuk seorang hamba kepada tuhannya . dan seandainya dia bukanlah untuk awak , awak harus ingat yang ALLAH dan tetapkan yang lebih baik untuk awak ., sentiasa bersangka baik dan berdoa kepada ALLAH .  nak tahu tak memohon doa kepada tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia .



Bicara cendekiawan ketika satu pintu kebahagiaan tertutup , pintu yang lain dibukakan . tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak dapat melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita . seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain , berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain . berbahagialah orang yang dapat mnjadi tuan untuk dirinya menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya .



# sebenarnya aku pun sekarang tengah mengharap pada seorang lelaki tapi aku kalau boleh tak nak berharapa perasaan ini ke peringkat yang seterusnya sebab aku memang tenga sibuk jadi aku rasa belum lagi masanya . tapi apa yang penting aku mencari seorang lelaki yang baik akhlak budinya untuk jadi jodoh terbaik untuk aku kemudian kita bernikah bila dah dewasa lah . senang cerita aku nak rasa bercinta selepas nikah la (: okay bla bla bla bla .  btw terima kasih kerana baca post aku (:





No comments:

Post a Comment