بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, November 9, 2012

nikmat (:


Kadang kala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya dan bila di suatu masa dia hilang dari pandanganmu kau akan menyedari dia adalah cinta yang tak pernah kau sedari . coffee and pasta dari aku terima nikahnya (:
 
Assalamualaikum , pagi tadi makan roti , hai apa khabarr orang yang tengah baca post ni ? ececeh :p hehe . moga moga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini insyaallah (: kun fayakun apa yang dikehendaki olehnya maka terjadilah ia (:
 
Para sarjana berkata ramai orang yang boleh bersabar tapi tak ramai orang yang boleh bersyukur dengan nikmat yang diprolehi sekarang . betul , bukan ? sebab itulah bangun sahaja dari tidur kita mesti mengucapkan Alhamdulillah kerana kita masih di beri peluang untuk hidup di muka bumi ALLAH .  oleh itu kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang (:
 Marcapada , kita berjumpa dengan berbagai bagai jenis manusia dan kita akan berjumpa dengan pelbagai lagi ragam manusia .  ada yang baik dan ada yang sebaliknya . menegenali seseorang itu kadang kala membuat kita ketawa . mengenali seseorang itu adakalanya membuat kita mengalirkan air mata . sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa . marah , sedih , gembira , sayang , rindu , bahagia . tapi sedarkah kita mengenali seseorang itu sebenarnya  adalah suatu anugerah . biarpun hadirnya Cuma seketika , sekadar teman sementara bersyukurlah dengan kehadirannya . kerana barangkali melaluinya kita mengenal erti cinta.

Semiskin miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti bicara hukama . manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperolehi tetapi seing melupakan nikmat yang telah tersedia . memang lumrah sifat manusia kan dia tidak menghargai orang yang ada depan mata dia yang menghargai dia tapi bila orang tu dah tak ada baru dia akan sedar . dan ketahuilah cara terbaik untuk menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya (: kerna lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam .
 Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan dan biarpun jalan itu panjang kita akan merintisnya pelahan lahan . permulaan sabar adalah pahit tetapi manis akhirnya . pesanan terakhir hargailah orang yang selalu menjaga mu dan menghargaimu walaupun kita tak sedar sebab dibuai lena dengan nikmat lain . skadar renungan bersama (: waallahualam

No comments:

Post a Comment