بسم الله الرحمن الرحيم

Sunday, December 23, 2012

jangan jadi basi bukkkkkk ~~~~


Jumpa lagi kita. Apa khabar? Sihat. Bagus. Nikmat yang paling nikmat adalah sihat le. Tak caya? Tak caya tanyalah orang yang tengah sakit gigi tu,atau tengah demam tu, kita Tanya dia,nak kuih tak? Tak nak. Nak pizza tak? Tak nak. Nak jalan-jalan tak? Pun tak nak. Eii apa engkau naklah ? nak sihat je :/

 
Mari jaga kesihatan. Bila saya kat kesihatan nii kena faham sihat bukan setakat badan tapi juga ada dua aspek lain. Apa dia? Mental dan spiritual. Orang yang mentlnya tak sihat tak kan boleh kerja bagus. Cayalah cakap saya. Sakit mental mana boleh kerja bgus. Jaga mental dengan banyak brtenang. Macam mana nak banyak bertenang? Kurangkan masalahlah. Jangan buat masalah banyak-banyak dalam hidup. Kalau banyak masalah kuatlah sakit mentalnya. 

 
Macam mana supaya tak banyak masalah? Jangan terlalu banyak berhubung dengan orang yang banyak masalah. Kwan dengan orang yang tak banyak masalah sangat. You will be happy . ceria bahagia.  Maaf tak wajib betul dan harus salah. Awak tu jangan beratkan diri sangat dengan masalah orang,kalau masalah sendiri pun tak selesai.

Satu lagi jaga spiritual. Macam mana? Solatlah. Kalau awak islam. Solat ini sangat membahagiakan pada orang yang memang nak buat. Pada orang yang memang tak nak buat memang sakitlah. Tapi tak apalah sakit-sakit permulan bila dah rasa dia punya rasa,kita tak buat rasa tak boleh. Selagi tak buat rasa tak beres hidup. Haaa ketika itu solat telah menjadikn kamu kukuh spritualnya. Faham tu?

 
Jadi ingat tiga perkra untuk sihat. Apa dia jaga badan,jaga mental jaga spiritual. Ulang sekali lagi. Jaga badan,jaga mental,jaga spiritual. Bagus! Kalau betul jaga,saya jamin mesti bahagia punya.


No comments:

Post a Comment