بسم الله الرحمن الرحيم

Saturday, December 15, 2012

powernya bunga


Selamat bertemu kembali. Moga anda semua masih luar biasa bagus. Bukan riak,sombong,takbur tapi salah satu usaha untuk ke sana. Tanpa target dan cita-cita,biasanya tak jadi. Maka itulah kita jadikan luar biasa bagus dan hebat sekali ni sebagai peledak semangat,semata-mata sebagai peledak semangat,tak lain daripada itu. Jangan salah tafsir,jangan salah sangka.

Bunga,semua orang suka terutama perempuan. Ya tak? Payah nak jumpa perempuan tak suka bunga. Biasanya perempuan kalau dapat bunga akan tersenyum. Kalau anda perempuan tapi tak rasa apa-apa terhadap bunga,awas….boleh jadi anda tak begitu normal. Haa..janganlah marah! Ini kajian ilmu psikologi manusia. Bukan saja-saja cakap.

Bunga ni sinonim dengan wanita sejak zaman berzaman lagi. Sebab itu wanita diistilahkan seperti bunga dan lelaki bagaikan kumbang. Kiranya lelaki tu makhluk perosaklah? Amboi .. tak sayang mulut Nampak?apa kesannya tiba-tiba anda dapat bunga daripada seseorang dan orang itu pulak lelaki dan anda belumlah berkahwin/berpunya . atau orang tu duda dan janda,atau orang tu bujang dan anda isteri orang? Macam-macam rasa ada kan? Penat fikir pasal apa dia bagi bunga,kenapa dia bagi bunga.tak boleh tidur punyalah. 

Tu dia kesan bunga. Power! Itu baru sekuntum. Macam mana pulak kalau sejambak,dibalut dengan plastic pulak..haaaa pastinya membawa pelbagai erti dan maksud ya tak ? maaf tak wajib betul harus salah.kebanyakan perempuan dan wanita perasaan dia bila dapat bunga akan berkata eh..dia suka aku ke? Ini persoalan yang akan bermain dalam minda secara tiba-tiba. Automatic. Tak semene-mene gitu.tak kira anak dara ke,janda ke,andartu ke,isteri orang ke,dan bunga itu diberikan oleh seorang lelaki tak kira bujang ke,suami orang ke,duda ke,bujang tua ke,orang tua ganyut ke, betul tak?

Alamak..apa maknanya itu. Akan terfikir terkenang-knang dan terbayang-bayng. Pasal apa ini?kenapa?untuk apa?betul tak? Kebanyakan orang akan terus terperasan apabila mendapat hadiah macam ni. Kalau tadi jalan betul,sekarang terkepot-kepot. Tadi jalan tegak,sekarang macam alignment tak okey pulak. Bibir tersenyum-senyum hati pula menyebut-nyebut. Tak sangka bakal ada boyfrenlah aku. Tak sangka bakal kahwinlah aku. Ni dia tiga perasaan yang akan hadir dalam hati setiap perempuan/wanita apabila semene-mene menerima bunga.

Jadi orang lelaki saya nak ingtkan jangan sebarang beri bunga. Ia boleh memberi maksud. Kalau jujur tk pa,tapi sesetengah lelaki memang tahu kelemahan perempuan dlam hal ni. Lalu dia jadikan bunga sebagai alat untuk mainkan perasaan perempuan. Ini dia kuasa bunga!tak boleh buat main-main sebab ia membawa seribu makna dan maksud. Bayangkan kalau seorang perempuan menyangka dia disukai oleh anda sedangkan anda hanya main-main tak ke kacau bilau idup dia?

Saya nak pesan pada semua lelaki jangan main-main dengan bunga. Anda anggap tak  apa-apa ,tapi yang menerima boleh jadi tak tidur lena setahun memikirkannya. Kalau betul suka jadikan bunga sebagai alat untuk menyatakn mksud. Petiklah kat mana-mana pun dan berikan sekuntum. Kalau dia senyum ambil bunga itu,cium-cium..maknanya anda disukai,tapi kalu dia ambil bunga tu dan lemparkn ke muka anda,maknanya dia tak suka. Apa lagi.. bla la! Ada faham ?

#hahah maaf post diatas tak bermaksud nak menyakitkan mana-mana pihak sekadar berkongsi pendapat . tak wajib betul dan harus salah . terima kasih kerana membaca (:

No comments:

Post a Comment